Silence



Dan sungguh kau tak tahu betapa aku usaha untuk itu
Jangan soal tentang payah kerana aku cukup lelah
Jangan bicara soal susah kerana sungguh memang tak mudah
Jangan bicara soal kecewa kerana aku selalu putus upaya

Sabar memang keperluan
Tapi jangan hipokrit untuk kata itu perkara mudah
Jujur, kalau kau laluinya, kau tahu perit derita yang aku rasa
Jangan bebas menghukum bila Allah tak uji engkau dengan itu

Percaya pada ketentuan Dia yang entah bila
Aku tak mampu soal takdir Dia kerana aku cuma hamba
Yang aku mampu buat cuma jalani rencanaNya
Aku cuma perlu percaya Dia Perancang Terhebat Dunia 

Aku tak mampu tolak semua perasaan
Aku tak mampu kata aku kuat bila sejujurnya aku tak
Tapi sungguh, aku belajar untuk sabar
Kerana sungguh, aku hanyalah pendosa tanpa nokhtah.

Comments

Popular posts from this blog

Letters

She

Late night thought