Pilihan


Hidup ini tentang pilihan.

Allah bentangkan dua jalan ;
sama ada mahu ke Syurga atau ke Neraka.

Jalan yang kadang mengubah kita menjadi antara dua ;
lebih baik dari dulu ataupun lebih teruk dari sekarang.

Kadang, apa yang kita pilih mungkin betul tapi kadang, apa yang kita tinggalkanlah yang sebetul-betulnya betul. 
Kerna sungguh, hanya Allah tahu segala.


Istikharah. 
Itu kunci pilihan.



Dan manusia ada aqal, untuk pilih mana yang lebih patut, yang lebih bermanfaat untuk diri.
Kadang Allah dah bukakkan jalan tapi kita saja buat taktau tolak bulat-bulat jalan yang terang lagi bersuluh.
Rugi kan ? 


Kadang, kita terpaksa tinggalkan orang yang paling kita sayang,
benda yang paling kita suka,
dan tempat yang paling kita selesa,
just to be a better us.


Apa erti perubahan kalau tanpa jihad ?
Nanti kalau satu hari kita benar-benar menjadi yang lebih baik,
masa tu lah segala rasa sakit perit luka darah terasa manis macam madu gula ceklet,
rasa macam worth it! 
rasa sungguh blessed!


Usaha !
Sekurang-kurangnya, cuba untuk usaha.



"Takpe. Mungkin tarbiyyah dekat sini lagi baik dari dekat sana. Mungkin dengan pilihan ni, Allah dah tetapkan yang terbaik. Dia sebaik-baik perancang" - Sahabat


Yang terbaik. Itu yang aku selalu doa untuk dia. 
Dan aku benar-benar percaya Allah Perancang Terbaik Dunia!
Dia tahu yang terbaik untuk setiap hambaNya. 


Out of thousands, Allah chose you.
Follow your heart, with Allah's lead. 
Moga Allah merahmati cuz am so loving you.

Comments

Anonymous said…
Wahh pengisian y bguii pendek tp mendlm.. ^___^

Cahaya mulia

Popular posts from this blog

Say it all

She

Late night thought