Rasa

Rindu yang tak pernah padam, sayang yang tak pernah suram, cinta yang tak pernah kurang.


Satu yang aku paling pinta,
hargai,
hargai orang yang menyayang.


Bukan semua yang datang tu kekal selamanya
Jaga selagi mereka ada.


Jaga selagi kudrat mampu memberi semua.


Dengan apa perasaan ini harus disalur ?


Dengan ikhlas,
ikhlas yang penuh cinta.


Bukan untuk tunjuk pada dunia semata,
tapi datang dari hati yang penuh menyayang.


Penuh rasa prihatin,
pada dunia dan tentu saja
akhirat mereka.


Cinta, satu perasaan indah dan sengsara dunia.


Allah tahu mengapa kita mencinta.


Tajdid, niat cinta itu penting.


Moga Allah ganjari syurga
kerana sungguh aku cinta kamu kerana Allah semata.



Comments

Popular posts from this blog

Say it all

She

Late night thought