Redha

Dalam hidup ini, ada perkara yang diluar keterbatasan kita. Kadang kita dah cuba sehabis daya, dah usaha semampu mungkin tapi tetap akhirnya tidak seperti yang diidamkan dan digambarkan.

Akan ada waktu kita akan merasa lelah dengan semuanya. Kita terus jadi buntu dan tak tahu jalan mana lagi yang perlu kita tuju.

Redhalah atas setiap perkara. Redha dengan segala ketentuan. Redha dengan segala takdir yang Tuhan aturkan untuk kita.

Belajar untuk redha dan sabar.

Orang orang yang menang adalah mereka yang sabar. Sabar dengan sebenar-benar sabar. Fasobrun jameel. Dan sabar itu indah.

Doa. Dengan sepenuh hati dan pengharapan. Doa dengan setulus hati dan rasa kehambaan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Tuhan. Kerana kita tahu, Dia akan mengaturkan yang terbaik untuk kita kerna sungguh, Dia tak pernah zalim melainkan kita yang menzalimi diri kita sendiri.

Bebaskan diri dari perasaan sendiri, dari dikawal orang lain dan dunia ini.

Kembalilah kepada Tuhan, dengan sepenuh kehambaan dan keredhaan.



Comments

Popular posts from this blog

Say it all

She

Letters