Posts

Showing posts from February, 2016
 .... stronger and deeper.

Manusia

Ini tentang manusia dan kemanusian.

Bukan tentang isu Palestin, Syria atau Somalia.

Tapi lebih kepada sosok yang dianugerahkan akal dan hati oleh Tuhan,
yang dengan izin Dia, sepatutnya digunakan dengan rasa kemanusian yang menebal.


Tapi,
dengan nama Dia
manusia melaung-laung ketidaksalahan,
menghalalkan perlakuan.


Bagaimana dengan anugerah yang dua itu,
digunakan untuk menyakitkan.


Kadang terfikir, walau kasut kita berbeza saiz,
tapi hati itu kuncinya adalah dididik.


Akal itu untuk membezakan buruk dan baik,
untuk fikirkan rasional setiap tindakan,
dan perasaan manusia dilingkungan.


Bagaimana manusia ini diciptakan dengan penuh kelembutan dan penelitian,
yang diambil tanah dari 7 macam,
yang dicampakkan rasa sayang dan kasih dari ar-Rahman,
mampu untuk menyakitkan manusia lain,
yang secara teorinya mempunyai sama proses penciptaan.


Hari hari kita berdoa Tuhan mengasihi kita,
tapi dalam detik-detik kehidupan,
kita tegar menyakiti manusia manusia lain yang terkasih.


Yan didepannya kita…