Latte

Masih ingat lagi pada suatu hari di kedai kopi?
Kita bercerita tentang apa sahaja dan bergelak ketawa
Ada satu masa kita diam dan melihat muka sesama
Pada mata, rasa cinta dan rindu itu semakin menumpah
Menjadi laut yang takkan kekeringan hingga kiamat menjelma


Ahh, ada apa pada rasa ini?


Satu kopi yang dikongsi bersama dan tangan yang saling berlingkaran pada sesama
Diam itu menjadikan kita dekat
Memahami hati masing masing dalam sunyi kata
Diam tak perlu bersuara
senyum sehingga habis masa


Hari ini aku lalu lagi di kedai kopi
Menjengah dari jendela akan isinya
Hati menjadi nanar
Ahh, mata seakan berpeluh,
deras dan laju.



Comments

Popular posts from this blog

Say it all

She

Late night thought